Sunday, April 18, 2010

Assalamualaikum wbr. Dah lama betul jari ibu tak menari nari di papan kekunci ni. Terlalu banyak rasanya nak dinyatakan tapi tak apalah. Ibu nak cakap yang patut-patut aje. Sekarang ni tengah pesta raya. Pilihanraya Ulu Selangor- Ibu mengharapkan kemenangan akan memihak kepada BN.

Baru-baru ni ibu adalah melawat rakan di Hospital Ampang. Sambil tu ziarah jugalah pesakit yang berhampiran dan bertanya khabar. Kalau dah semangat Sayangkan Negara, ibu mula risik tentang PR Ulu selangor kerana keluarga pesakit dari kawasan tersebut. Sejuk rasa hati bila mereka kata kami sokong BN dan pastikan BN menang. Seorang lagi pesakit daripada Ulu Langat. Cerita Ulu Langat ni saya agak sedih. Mana tidaknya , sebelum ini amat taat kepada BN, tetapi hanya kerana sikap pemimpin dia sekeluarga telah bertukar haluan. (kecewa) Ibu pun tanya kenapa dan jawapan beliau ada logiknya. Walau bagaimanapun dia bertekad PR ke 13 nanti akan sokong BN semua.

Ibu amat berharaplah kepada pemimpin-pemimpin dikawasan dapat menghalusi dan menyelami perasaan masyarakat. Jangan tunggu masyarakat mencari kita memohon pertolongan tapi jalan-jalanlah bertanya khabar. Ibu yakin kalau ini dapat dilakukan dengan ikhlas, insyaAllah BN akan berkuasa di Selangor.

Ibu juga amat berharap kepada Wanita UMNO untuk lebih bersikap keterbukaan dan menerima teguran sebaik mungkin. Amalkan sikap bekerjasama. Tak tumbuh tak melata kalau tak sungguh ibu tak kata.

Maaf kalau tersilap bahasa. Jari disusun maaf dipinta. Bersamalah kita menghulur jasa.Keamanan dan kesejahteraan negara menjadi milik kita.

sekian dulu. wassalam

Friday, May 1, 2009

REMAJA KU SAYANG





assalamualaikum wbr.
Dah agak lama ibu tak celoteh. Hari ini ibu rasa agak lapang. Cutilah katakan. Ibu ingin menyingkap gelora dihati ibu berrkenaan apa nak jadi dengan anak-anak sekarang ini. setiap hari bila ibu menghantar anak ke sekolah rendah dan tunggu anak sekolah menengah pulang, bermacam-macam mini drama yang ibu lihat. Kalau bergaduh tu dah perkara biasa dan taklah mudarat sangat. Ibu cukup takut dengan apa yang nak ibu katakan ni.

Remaja sekarang ni dah terlalu matang atau terlalu tidak tau arah tuju masa depan? Sering berputar2 difikiran ibu, apa nak jadi dengan remaja perempuan yang memakai uniform sekolah
menghisap rokok dihadapan sekolah . Dengan gah dan bangganya rokok dihujung jari dan asap berkepul2 keluar dari mulut dan hidung. Nampa macam dah pro. Tu belum lagi yang bercumbuan ditangga-tangga bangunan kedai tanpa segan silu. Alangkah pedih rasa hati ibu. Inikah gelagat anak-anak muda sekarang. Dimanakah silapnya. Adakah tiada didikan agama atau kesilapan ibu bapa. Mungkinkan juga pengaruh kawan2.

Ibu merasakan setiap keluarga memberikan yang terbaik untuk anak2. Anak-anak pula tahukah mereka menghargai dan memartabatkan diri mereka untuk dipandang oleh masyarakat sebagai genarasi muda yang bermaruah dan punya harga diri.

Pada pandangan ibu, sekiranya gejala kebebasan yang tak terbatas ini tidak dibendung oleh setiap individu maka jangan hairan suatu hari nanti Islam entah kemana Melayu juga entah kemana. Siapakah yang paling bersalah sekiranya ini berlaku. satu jari menuding kehadapan dan 4 jari lagi menuding diri sendiri. fikir-fikirkanlah wahai anak bangsaku.

Bagi ramaja-remaja belajarlah menjadi dewasa yang berilmu, matang dan berwawasan. Negara yang tercinta ini terletak dibahu kalian untuk menentukannya. Masa kami sudah dipenghujung jalan. "JANGAN MELAYU HILANG DIDUNIA."

Friday, April 17, 2009

semalam dah berlalu, hari ini ditempuhi dan esok masih menanti. masa tidak berhenti walau seketika. tugasan harus dilaksanakan. mendong berarak berubah wajah. mentari tersenyum memancarkan cahaya. Keceriaan terserlah dicelah himpitan kemelut kekuasaan. kata cerita, mesra bersama masyarakat, penyelesai segala masalah walau dicelah ketiak. majlis dialog konon cerita tapi bila ditanya tolak sana tolak sini. akhirnya kosong belaka. penyudah kata kita tak ada duit. masyarakat ralit bertanya dia asyik dengan smsnya.

ibu tak tau nak kata apa lagi. tapi jelas ibu sentiasa diuliti mimpi kemana harus ibu arahkan anak-anak bangsa ibu esok. adakah melayu yang beragama islam atau Islam tapi sudah hilang melayunya. Ibu amat takut melayu akan jadi layu. Ibu harap kita sama-sama fikirkan dan tanya diri kita SIAPA KITA. SAYANGI DAN CINTAILAH NEGARA DAN KEMAKMURAN YANG SEDIA ADA DAN HORMATILAH BANGSA SENDIRI. IKUT RASA KITA AKAN BINASA.

Wednesday, April 15, 2009

Pandan OH Pandan


Sambutan Maulidur Rasul
penyertaan Ketua Bahagian Pandan menyuntik semangat ahliUMNO dan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sambutan amat menggalakkan. ALHAMDULILLAH.


Majlis bacaan yassin bersama masyarakat di UMNO Cawangan Pandan Indah Bersatu. Turut serta AJK Wanita Bahagian.


Lagi aktiviti yang diadakan diperingkat cawangan Pandan Indah kencana. Pengerusi Biro Agama telah mengadakan majlis bacaan yasin bersama masyarakat setempat.
Wanita Bahagian terus aktiv walaupun keadaan telah berubah. Ketua Bahagian yang baru terus diberikan sokongan dan Ketua Wanita yang sedia ada terus memberikan khidmat bersama dengan barisan AJKnya. Yang baru diberikan sokongan dan yang lama baiknya tetap dikenang.